HELSINKI: Gempa bumi yang tercetus di Iceland mengakibatkan berlakunya letusan gunung berapi pada Isnin.
Pejabat Meteorologi Iceland menyatakan, letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku pada 10.17 malam waktu negara itu, lapor Daily Mail.
“Letusan bermula di Semenanjung Reykjanes. Ini boleh dilihat dalam kamera web dan berhampiran dengan Hagafell, sebuah bandar di selatan ibu negara.
“Helikopter Pengawal Pantai meninjau tempat itu dan saiz letusan,” maklumnya.
Iceland diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dengan letusan gunung berapi selepas gegaran yang aktif, bulan lalu.
Beribu-ribu gempa bumi kecil direkodkan di barat daya negara itu selepas magma beralih di bawah kerak bumi sehingga memerlukan ribuan penduduk dipindahkan.
Untuk rekod, terdapat 33 gunung berapi aktif di Iceland sekali gus mencatat jumlah tertinggi di Eropah.
Malah, Semenanjung Reykjanes tidak mengalami letusan gunung berapi selama lapan abad sehingga 2021.