TUMPAT: Premis McDonald’s di Pasir Pekan yang tular ditutup selepas diboikot oleh pengguna gara-gara restoran makanan segera itu menyokong Israel didapati masih beroperasi seperti biasa.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati premis itu masih beroperasi seperti biasa bermula pukul 10 pagi dan ditutup pada 10 malam.
Semasa tinjauan dilakukan, kelihatan berada pekerja sedang menunggu pelanggan dan selebihnya berada di bahagian dapur.
Bagaimanapun, tiada seorang pelanggan pun berada di dalam restoran berkenaan.
Seorang pelanggan yang mahu dikenali Rosmah, 40, berkata, sejak isu boikot Israel dia tidak lagi menjejak kaki ke premis makan segera tersebut.
“Setiap kali melalui premis ini, nampak lenggang, tiada langsung kereta beratur di laluan ‘drive thru’.
“Urusan boikot itu hak peribadi, masih ada orang Melayu singgah makan, tapi saya tetap boikot,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Pui Tiong Lam, 58, berkata, dia tetap singgah seperti biasa walau pun ramai rakyat Malaysia boikot McDonald’s ini.
“Tidak salah masuk ke premis ini, saya tetap bawa cucu makan seperti biasa.
“Lagi pun jenama McDonald’s ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia,” ujarnya. – Utusan