HomeHiburan‘Mestilah gemuk, aku bahagia sekarang’

‘Mestilah gemuk, aku bahagia sekarang’

“ADA ke kau tengok orang bahagia makin kurus?”.

Demikian ungkapan pelakon, Puteri Sarah Liyana apabila ‘dilabel’ semakin berisi hanya kerana dagunya tampak berlapis.

Kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, hanya mereka yang tidak bahagia sahaja akan kelihatan kurus.

“Mestilah dah gemuk, aku sudah gembira sekarang, aku dah bahagia mestilah dah berisi.

“Orang tak bahagia je kurus, kalau orang bahagia dia mesti berisi,” katanya memetik portal HibGlam.

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang sebelum ini didakwa hangat bercinta dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil Rahman turut menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar rakan perniagaan.

Untuk rekod, Puteri Sarah kini bergelar ibu tunggal yang pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Jodoh tidak berpanjangan, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Author

Pilihan Editor