“ADAKAH ini budaya baru penceramah di sekolah?”
Demikian tanggapan pengguna X apabila melihat video tular memaparkan seorang pelajar lelaki sekolah menengah memberi ‘pickup line’ kepada seorang guru perempuan.
Menerusi video tular di X, seorang pelajar lelaki dilihat memberi ‘pickup line’ kepada seorang ustazah dalam sebuah sesi ceramah motivasi di sebuah sekolah.
“Apa beza ustazah dengan IC? IC saya letak di dompet, ustazah terletak di hati saya,” katanya sambil melompat-lompat gembira.
Pengguna X yang dikenali sebagai Aliff Ahmad menegaskan budaya yang dibawa oleh penceramah dalam program motivasi tersebut adalah tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar yang dianggap masih ‘mentah’.
“Sorry, aku mungkin kolot. Aku budak 80s yang lahir era transisi analog kepada digital. Zaman rotan dan motivasi psikologi.
“Adakah ini budaya baru? Style baru dalam industri ceramah dan motivasi pendidikan anak-anak di sekolah hari ini?
“Aku faham pickup line ini sekadar gurauan. Tetapi apa matlamat anak-anak ini disuruh buat pickup line dekat seorang guru? Budaya apa yang cuba dibawa?
“Melihat aksi remaja itu merenyam, menggelitat, dan menggedik sebegitu, aku merasakan sesuatu yang tidak kena. Dah kenapa budak ni? Memang budak-budak zaman la ni bila buat pickup line akan ada anjakan paradigma sebegitu ke?,” selarnya.
Jelas Aliff, sekolah merupakan tempat pembelajaran serta mendidik pelajar menjadi insan berguna.
“Aku tak nampak apa-apa matlamat yang jelas dengan membuatkan remaja itu menggelitat akan menjadikan dia pemenang Nobel Prize di masa hadapan
“Aku jadi keliru. Zaman aku bersekolah dahulu. Aku pun ada cikgu yang baik dan cantik. Rasa sayang dan hormat terhadap mereka pun jauh menebal. Tidak pula aku berani nak bersikap miang hatta hanya sekadar gurauan,” jelasnya.
ADAKAH INI BUDAYA BARU PENCERAMAH DI SEKOLAH?
Sorry, aku mungkin kolot. Aku budak 80s yang lahir era transisi analog kepada digital. Zaman rotan dan motivasi psikologi.
Cuma, aku rasa macam ada yang tak kena dengan video ini setelah sahabat aku menunjukkan video ini kepada aku.… pic.twitter.com/xyYV76WAP8
— Aliff Ahmad (@Alturkistiano) December 14, 2023
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh pemuda itu.
“Budak sekarang dah tak ada respect ke dekat cikgu? Sepatutnya bagi kata-kata terima kasih dekat cikgu yang mendidik, tapi bagi ayat sweet Google,” selar netizen.
“Agaknya inilah kesan dan akibat bila terlalu banyak tv show, filem, radio tempatan yang berpaksikan lawak-lawak punchline. Sudah jadi kebiasaan,” komen pengguna X.
“Dari bagi ayat pickup line kepada gurauan nakal. Dari gurauan nakal kepada gurauan fizikal. Bahaya jika tiada rasa malu dalam diri anak-anak,” luah netizen.