GEMPAR! Penduduk di Taman Sri Andalas, Klang terkejut apabila terdapat mayat ditemukan dalam keadaan tergantung di sebuah stesen LRT yang masih dalam proses pembinaan, awal pagi Khamis.
Sejak semalam, tular di Facebook menunjukkan mayat bertelekung itu ditemui oleh penduduk setempat yang lalu di kawasan berkenaan malah, kira-kira pukul 7.30 pagi kelihatan ambulans dan kawalan polis di jalan utama berhampiran stesen berkenaan.

Memetik Utusan, segelintir netizen mendakwa mangsa adalah wanita kurang siuman yang dikatakan kerap berada di lokasi berkenaan namun, dinafikan pengguna yang menyatakan wajah mayat itu tidak sama.
“Perempuan kurang siuman itu semalam dia basuh baju dekat tepi jalan LRT. Hari-hari dia dekat kawasan situ siap jemur baju. Kesian tengok kadang-kadang dia datang minta duit cakap lapar tak ada keluarga. Tengok gaya bukan orang sini, orang Sabah rasanya,” kata pengguna Facebook @Adinda Qaseh.
“Bukan perempuan itu sebab nampak dekat bawah ada video muka macam Rohingya sahaja,” jawab @Lola Kimy.
Bagaimanapun, info lanjut mengenai punca kematian mayat itu masih belum dapat dikenal pasti.