HomeBeritaViralPolis siasat bas PDRM buat 'U-turn' hingga langgar kereta Wira

Polis siasat bas PDRM buat ‘U-turn’ hingga langgar kereta Wira

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di TikTok video sebuah bas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan pelanggaran.

Ekoran daripada itu, PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan bas terbabit membuat pusingan ā€˜Uā€™ di lokasi tidak dibenarkan sehingga terlanggar sebuah kereta.

PDRM dalam kenyataan memaklumkan bas tertera dengan tulisan ā€˜Polis Kuala Lumpurā€™ membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Batu Caves berhampiran Taman Greenwood, pukul 2.30, 6 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @deafebianchannel1, pada 12 Disember.

ā€œBas berkenaan dalam perjalanan dari arah Batu Caves, Selangor menghala ke Kuala Lumpur.

ā€œSewaktu membuat pusingan U, bas itu dilihat mengundur sehingga terlanggar sebuah kereta Proton Wira putih yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya,ā€ katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna TikTok tersebut serta pemandu Proton Wira tampil membantu siasatan polis.

ā€œPemilik TikTok dan pemandu Proton Wira boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019- 6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222.

ā€œSiasatan dijalankan mengikut Peraturan 112 LN 170/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959,ā€ jelasnya.

Sebelum ini, warga net mendakwa pemandu bas terbabit dengan selambanya melanggar lampu isyarat yang pada ketika itu berwarna merah.

Lebih menarik perhatian adalah tindakan pemandu bas membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya menyebabkan kenderaan itu bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira.

Ini kerana ruang yang sempit menyebabkan pemandu bas terpaksa mengundurkan sedikit bas tersebut hingga menyebabkan berlakunya pergeselan dengan bahagian tepi kereta terbabit.

Video itu nyata mencetuskan kemarahan dan mengundang kecaman netizen. Rata-rata daripada mereka seolah-olah tidak percaya melihat kenderaan milik pihak berkuasa itu melanggar peraturan jalan raya dan menunjukkan contoh tidak baik kepada pengguna yang lain.

Author

Pilihan Editor