TINDAKAN seorang individu yang melempar bom tangan atau grenade, ketika sebuah majlis rasmi menyebabkan dirinya maut, manakala 26 lagi individu cedera.
Menerusi video tular yang dikongsi pihak polis di laman X, pengebom berani mati yang berpakaian serba hitam itu pada mulanya memasuki sebuah pintu bilik mesyuarat di Keretsly dekat barat Ukraine.
Lelaki itu kemudian dilihat mengeluarkan tiga bom tangan dari poketnya, sebelum dengan tenang melemparkan senjata terbabit ke atas lantai satu persatu.
Lantaran itu, bilik tersebut dipenuhi dengan ledakan bom serta jeritan orang ramai yang cemas dengan insiden terbabit.
“Akibat daripada itu, 26 cedera, enam daripadanya kritikal,” kata polis sambil menambah lelaki terbabit maut di lokasi kejadian.
Sementara itu, lapor NDTV, identiti lelaki tersebut masih belum didedahkan pihak berkuasa Ukraine.
Agensi Keselamatan Ukraine (SBU) ketika ini sedang melakukan siasatan terhadap kes itu, manakala pihak polis turut membuka kertas siasatan terhadap insiden tersebut yang dikaitkan dengan pengendalian senjata haram.
Menurut laporan sebelum ini, ramai rakyat Ukraine mempunyai akses memiliki senjata gred tentera berikutan perang berterusan dengan Rusia.