PENDUDUK Mexico dikejutkan dengan kehadiran ribuan belalang yang berterbangan di udara dekat tenggara negara itu.
Perkara yang berlaku di Mérida dan Sinanché, dekat Yucatan itu juga menyebabkan pihak berkuasa tempatan bergelut dalam operasi menghalau serangga berkenaan.
Malah, ada pihak yang menganggap kehadiran segerombolan serangga itu sebagai satu tanda pengakhiran dunia, lapor New York Post.
Serangan belalang mengejutkan penduduk Mexico baru-baru ini.
Sumber: TikTok Infolliteras pic.twitter.com/Lnvmu9bpRy
— Media Variasi (@mediavariasi_) December 8, 2023
Sejak 2020, serangan belalang semakin meningkat dilapor di sekitar Horn of Africa atau Semenanjung Afrika Timur.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu merekodkan kehadiran serangga berkenaan di Timur Tengah dan Afrika.
Menurut PBB, kehadiran belalang berpunca daripada kekurangan makanan dan perubahan iklim.
Agensi itu juga mendakwa bahawa wabak Covid-19 akan memburukkan lagi serangan serangga tersebut.
Sementara itu, Universiti Cambridge mendapati bahawa belalang cenderung menyerang kawasan tumbuh-tumbuhan ketika musim kemarau.
Yucatan dikenali kaya dengan ladang dan pertanian sejak dari dulu.