HomeBeritaViral'Simpan panas baran di rumah'- Nasihat anggota JPJ

‘Simpan panas baran di rumah’- Nasihat anggota JPJ

“SEPANJANG aku kerja, meronda. Macam-macam perangai mat-mat rempit aku jumpa. Yang tunjuk jari tengah, rem ekzos.”

Demikian pengalaman yang dikongsikan oleh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sewaktu berhadapan dengan sekumpulan ‘budak motor’.

Anggota JPJ yang dikenali sebagai Rahman menerusi TikTok berkata, tingkah laku dan aksi oleh segelintir budak motor bukanlah ‘lesen’ untuk mengajarnya sehingga kehilangan nyawa.

“Aku memang geram dengan budak-budak ekzos bising, diorang lalu dekat kedai makan. Aku tengah makan kadang tersedak dengar ekzos bising tu.

“Tapi, kita ada otak, ada hati. Tak ada sampai nak langgar, nyawa bro, apa hak kau nak langgar orang?

“Biar pun mungkin beranggapan kau langgar dia dapat bagi pengajaran sikit, dia jatuh terluka sikit tapi tetap namanya membahayakan orang lain,” ulasnya.

Tambahnya, setiap anggota perlu bijak dalam mengawal kemarahan ketika berhadapan situasi yang memerlukan kesabaran yang tinggi agar tidak melakukan tindakan luar kawalan.

“Macam-macam perangai mat-mat rempit ni aku jumpa yang tunjuk jari tengah, rem ekzos. Budak-budak punya nakal takkan kau tak boleh nak kawal diri kau.

“Sepanjang aku kerja, budak yang pernah langgar aku pun aku tak ada sebat dia teruk tau. Apa lagi kita langgar.

“Budak motor ni kalau kau langgar dia pun dia sakit, dia melanggar pun dia sakit. Jadi tolonglah sahabat-sahabat uniform janganlah perangai macam ni,” kongsinya.

Tambahnya, sebagai seorang anggota beruniform, mereka haruslah mempunyai sifat belas ihsan apabila berlaku sesuatu kejadian terutamanya melibatkan kemalangan.

“Kalaulah kata kau ‘terlanggar’ sekali pun, tolonglah turun bantu mangsa. Pangkat kita ini sampai bila kita nak bawa, bila pencen kita buka uniform dah jadi orang biasa. Kita diberikan amanah, jaga amanah itu.

“Memang seluruh negara berdukacita dengan apa yang terjadi, saya harap kejadian ini terakhir yang berlaku. Saya harap juga keluarga mangsa dapat pengadilan sewajarnya,” ujarnya.

Nasihat anggota JPJ itu lagi, sekiranya kita mempunyai panas baran, jangan memandu kereta sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

“Simpanlah panas baran itu dirumah, jadilah manusia yang ‘berhati perut’,” tegasnya.

Author

Pilihan Editor