TIKTOK kini menjadi aplikasi media sosial yang paling popular apabila pengguna di seluruh dunia menggunakannya untuk berhibur, mempelajari perkara baharu dan menyatakan kreativiti mereka serta mendapatkan maklumat terkini.
Walaupun kebanyakan pengguna mengakses TikTok pada peranti mudah alih mereka, ramai juga suka mengaksesnya pada skrin peranti yang lebih besar dan peranti boleh lipat.
Menyedari trend itu, TikTok mengumumkan bahawa aplikasi popular itu kini lebih dioptimumkan untuk tablet dan peranti boleh lipat.
Kemas kini terbaharu tui menawarkan peningkatan lengkap, memastikan pengalaman TikTok yang lancar dan menarik secara visual untuk pengguna di seluruh dunia, tanpa mengira peranti yang mereka pilih.
Antara peningkatan yang ditawarkan oleh TikTok adalah bar navigasi diperkemas dan sokongan orientasi yang akan membawa perjalanan TikTok mereka ke peringkat seterusnya.
TkTok ingin meneruskan peningkatan dengan ciri seperti Suapan Topik, yang membolehkan orang ramai meneroka video merentas kategori seperti Permainan, Makanan, Fesyen dan Sukan.
Ciri utama peningkatan termasuklah suapan video yang mempamerkan kandungan dengan kejelasan yang dipertingkatkan.
Navigasi melalui TikTok kini lebih mudah dengan bar navigasi elegan di bahagian atas dan bawah skrin untuk akses mudah ke ciri dan tab kegemaran anda.
Akhir sekali, tidak kira cara anda memegang peranti kegemaran, TikTok kini akan berfungsi dalam orientasi landskap atau potret mengikut keselesaan anda.