Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Datuk Ahirudin Attan bersama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, melancarkan program “Professional Development Courses”, bagi meningkatkan kemahiran wartawan di negara ini.
Menurut Ahirudin, program tersebut akan menyentuh tentang etika kewartawanan digital, keselamatan data, gejala scam, dan kefahaman undang-undang. Ia juga akan membantu memahami peranan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam melindungi profesion media.
Teo Nie Ching berkata, wartawan memainkan peranan penting dalam menentukan identiti nasional, dan diperkasa dengan peralatan yang membolehkan mereka mengenal pasti maklumat benar dari palsu. Beliau berkata lagi bahawa perkara tersebut bukan perkara yang mudah dalam dunia siber, di mana media sedunia menjadi sasaran kempen manipulasi yang melangkaui pasukan siber dan pahlawan papan kekunci.
Turut hadir Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din pada majlis perasmian tersebut, yang diadakan di Dewan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, pada Jumaat.