HomeBeritaAirAsia tawar tambang rendah sempena CNY

AirAsia tawar tambang rendah sempena CNY

CYBERJAYA: Syarikat penerbangan kos rendah tempatan, AirAsia melancarkan promosi tambang rendah tetap penerbangan lewat malam sempena Tahun Baharu Cina 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tempahan yang dibuka pada hari ini melibatkan tempoh perjalanan mulai 5 sehingga 15 Februari depan dengan melibatkan beberapa destinasi utama di Sabah dan Sarawak.

Katanya, promosi berkenaan membabitkan perjalanan sehala dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru menuju ke Kuching, Sibu, Bintulu atau Miri di Sarawak dengan kadar harga RM298.

“Manakala, dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang menuju ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pula, harga ditetapkan oleh operator udara berkenaan cuma RM348 sehala. Selain, AirAsia turut menyediakan 134 lagi penerbangan tambahan lewat malam ” katanya memetik Kosmo pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina di Sepang, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut memuji usaha syarikat AirAsia kerana menawarkan sejumlah 408 penerbangan dengan 25,000 tempat duduk sepanjang tempoh perayaan itu dengan harga tiket yang amat berpatutan.

Author

Pilihan Editor