HomeBerita'Jangan sentuh ubur-ubur biru di pantai'

‘Jangan sentuh ubur-ubur biru di pantai’

CYBERJAYA: Orang ramai diingatkan supaya tidak menyentuh ubur-ubur biru yang ditemui di persisiran pantai.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa ubur-ubur yang dikenali sebagai ‘Portuguese man o’ war’ berwarna biru itu adalah sejenis binatang laut yang berbahaya dan kini dilihat muncul kembali di pesisiran pantai di Terengganu.

“Sengatan biasanya menyebabkan kesakitan yang teruk kepada manusia, meninggalkan kesan merah pada kulit.

“Racun boleh menyebabkan simptom yang menyerupai tindak balas alahan, termasuk bengkak pada saluran pernafasan, gangguan jantung dan ketidakupayaan untuk bernafas,” maklum PHM.

Malah, PHM turut menegaskan bahawa sengatan ubur-ubur beracun itu juga berupaya mengakibatkan seseorang mengalami demam dan kes yang serius seperti kematian.

Author

Pilihan Editor