ORANG ramai berpeluang menaiki perkhidmatan pengangkutan trem tanpa landasan atau ‘trackless tram’ di Putrajaya mulai Februari ini.
Perkhidmatan itu ditawarkan secara percuma selama empat hari sempena Hari Terbuka Putrajaya yang akan berlangsung pada 1 hingga 4 Februari 2024.
“Kejutan untuk anda. Perkhidmatan ‘trackless tram’ di Putrajaya secara tempoh percubaan akan bermula sempena Putrajaya Open Day sehingga Disember 2024!
“Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri projek rintis Transit Aliran Automatik (A.R.T.) di Putrajaya secara percuma,” tulis Perbadanan Putrajaya (PPj) menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Maklumat lanjut berkaitan harga tiket dan sebagainya dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Untuk rekod, trem ART berkuasa hidrogen pertama dunia telah tiba di Sarawak, pada Ogos 2023.