ISU warga asing yang membuat onar di negara ini seolah-olah tiada kesudahan, yang mana ia pasti bukan sahaja akan meningkatkan kes jenayah malah turut merisikokan keselamatan rakyat tempatan.
Baru-baru ini, seorang pekerja lelaki warga asing yang didakwa mengamalkan gaya hidup songsang, tidak segan silu dan berani melakukan gangguan seksual ke atas seorang pemuda warga tempatan.
Difahamkan, warga asing tersebut menunjukkan kemaluannya dan mahu mengajak melakukan hubungan seks ketika membuat panggilan video bersama pemuda berkenaan.
Berang dengan perkara itu, pemuda tersebut bertindak menyerang warga asing berkenaan di sebuah pasar tani.
Menerusi video tular berdurasi 52 saat, pemuda tersebut menafikan dirinya seorang pondan, selain tidak mengamalkan gaya hidup songsang meskipun memiliki perwatakan lembut.
“Sekali lagi kau hantar video macam itu dan video call (vc) aku macam bang**** kau siap. Pecah muka kau dekat sini,” gertak pemuda itu.
Pada masa sama, warga asing itu juga didengari membuat permohonan maaf terhadap pemuda tersebut atas kelakuan tidak senonohnya.
“Sorry (Maaf)? Kau ingat aku pondan ke? Kau tak kenal lagi aku siapa? Kau tengok aku lembut macam ini tapi kalau kau dah kena pijak dekat sini pecah muka kau.
“Kau nk pergi mana? Lari? Sekali lagi kau vc dan hantar gambar kemaluan kau kat aku, pecah muka kau.
“B***h, kau ingat aku pelacur agaknya?” herdik pemuda itu lagi.
Warga asing itu kemudian dilihat terus melarikan diri, bagi mengelakkan dirinya terus dimaki hamun pemuda berkenaan.
Masa dan lokasi sebenar kejadian masih tidak dapat dipastikan ketika ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga tempatan menggesa pemuda itu supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
Tulis @rdnaiman: “Report la bang. Kena hapuskan spesies macam ni. Kau ugut-ugut dapat apa nanti orang lain kena.”
Berpendapat sama, @ZatiArish berkata: “Buatlah report polis, biar dia duduk lokap. Inilah bahaya orang kat sana memang ada yang suka main ‘belakang’ sebab tu negara dia kena marah dengan Allah.”
Tambah @kudagorengspicy: “Pantang nampak lelaki tu lembut-lembut sikit dah cop pondan. Ramai je yang berpewatakan macam tu tapi sebenarnya dia straight je.”