HomeBeritaKejang kaki punca warga asing rempuh cermin stesen minyak di Ipoh

Kejang kaki punca warga asing rempuh cermin stesen minyak di Ipoh

IPOH: Seorang lelaki warga Switzerland yang merempuh cermin sebuah stesen minyak di Taman Canning di sini pada Selasa, dipercayai mengalami kekejangan kaki ketika mahu mengisi minyak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 77 tahun yang memandu Perodua Myvi dan berada di satu daripada pam minyak sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak, sebelum secara tiba-tiba mengalami kekejangan pada kaki kanan dalam kejadian jam 10.30 pagi itu.

“Akibat daripada itu, pemandu berkenaan tidak dapat mengawal kenderaannya hingga terbabas ke hadapan lalu, melanggar motosikal jenis Yamaha yang diparkir dan merempuh dinding kaca premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Namun, katanya, penunggang motosikal berusia 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kejadian itu turut menyebabkan seorang wanita yang berada dihampiran lokasi kejadian cedera di kaki kanan dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Video dan foto memaparkan insiden itu tular di laman Facebook sejak Selasa petang.

Author

Pilihan Editor