HomeBeritaKPN cadang penstrukturan semula agensi ekoran kekurangan tenaga kerja

KPN cadang penstrukturan semula agensi ekoran kekurangan tenaga kerja

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sedang meneliti kertas cadangan penstrukturan dan penyusunan semula agensi di bawahnya bagi pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ekoran kekurangan tenaga kerja.

Menteri KPN, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementeriannya sedang mengumpul maklumat berkaitan dan akan mengenal pasti keperluan sebenar di seluruh negara.

“Kita telah memohon penstrukturan semula kementerian untuk mendapatkan bukan sahaja pegawai, tetapi struktur bagi memberi fokus kepada program yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

“Kita sudah ada senarai aktiviti dan bengkel yang ingin dilaksanakan di peringkat kementerian dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Selepas mendapat semua maklumat dan organisasi untuk penstrukturan, rangka kerja yang sepatutnya dapat bantu dalam kegiatan kita perlu dibawa ke Kabinet,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara, di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Selasa.

Beliau berkata lagi bahawa peranan KPN akan menjadi lebih besar selepas penstrukturan tersebut.

Author

Pilihan Editor