HomeBeritaKuil Batu Caves akan dilengkapi kemudahan eskalator

Kuil Batu Caves akan dilengkapi kemudahan eskalator

CYBERJAYA: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membina kemudahan eskalator di laluan menaiki Gua Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawaan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Selangor kini sedang memperhalusi perkara itu khususnya dari aspek keselamatan struktur bangunan.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk meluluskan kemudahan ini kerana ia akan mengurangkan jumlah kesesakan, menjimatkan masa pengunjung dan memberi keselesaan kepada warga emas

“Kita masih menunggu laporan jawatankuasa. Ia penting untuk memastikan struktur dibina selamat serta mampu menampung kehadiran jumlah pengunjung yang ramai,” katanya memetik Selangorkini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Thaipusam peringkat Selangor di Batu Caves, semalam.

Sebelum ini, pihak pengurusan Kuil Hindu Batu Caves turut mengeluarkan kenyataan bahawa, kemudahan eskalator akan dibina di kawasan tersebut sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu, Tan Sri R. Nadarajah berkata, eskalator tersebut adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam, bersama-sama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.

Author

Pilihan Editor