HomeBeritaMayat wanita di tepi tangga pangsapuri mati dibunuh

Mayat wanita di tepi tangga pangsapuri mati dibunuh

PETALING JAYA: Mayat seorang wanita yang ditemui di tepi tangga sebuah pangsapuri dekat Desa Mentari, Sungai Way, di sini, pada Isnin pagi, dipercayai mati dibunuh.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di leher, dada dan kedua belah tangan mangsa.

“Polis kini giat memburu suspek kes pembunuhan melibatkan wanita berusia 19 tahun yang bangsa belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, laporan mengenai penemuan mayat itu diterima kira-kira jam 6.30 pagi, sebelum unit forensik polis bersama pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh ke lokasi kejadian.

“Turut membantu adalah pasukan patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya.

Tambahnya, kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Shahrol Johari di talian 012-4937137.

Author

Pilihan Editor