CYBERJAYA: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta serendah RM10 sepanjang bulan ini.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan semakan dan bayaran kompaun boleh dibuat menerusi aplikasi Flexi Parking atau di kaunter pembayaran MPSepang.
“Kempen pengurangan kompaun letak kereta bermula 1 hingga 31 Januari ini bagi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSepang 2007.
“Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Perundangan MPSepang di talian 03-8319 0200, 03-83190300 atau hotline 03-83190230,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.
Agensi itu turut menyatakan bahawa pihaknya menyediakan kaunter bergerak di 34 lokasi terpilih sepanjang kempen bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran kompaun.
