HomeGaya HidupJom Makan'Simple' je nak buat ikan pekasam sungai, ini caranya

‘Simple’ je nak buat ikan pekasam sungai, ini caranya

ANDA penggemar ikan pekasam?

Apa kata cuba belajar buatnya sendiri di rumah. Ini kerana, sesetengah tempat yang menjualnya dengan harga tinggi.

Rupanya mudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah. Selepas 5 hari, ikan sudah sedia untuk digoreng.

Justeru, mari kita lihat resepi ikan pekasam air tawar dari perkongsian pengguna Facebook, Suraya Ismail ini.

Sebelum itu, pastikan kuantiti garam yang dilumur pada ikan tidak terlalu sedikit. Jika tidak, ikan akan busuk sebelum menjadi pekasam.

Bahan-bahan:

  • Ikan sungai
  • Garam
  • Beras

Cara-cara:

  1. Cuci ikan sungai sehingga betul-betul bersih. Buang darah dan lendir. Bilas beberapa kali.
  2. Kemudian, perapkan ikan dengan garam. Lumur garam seekor demi seekor. Biarkan semalam pada suhu bilik. Kuantiti garam agak-agak saja, jangan terlalu masin sebab nanti tak sedap. Kalau terkurang garam, ikan akan menjadi busuk sebelum menjadi pekasam.
Foto: FB Suraya Ismail

3. Goreng beras sehingga menjadi warna brown. Tetapi jangan sampai hangit. Kemudian, kisar halus sehingga tekstur menjadi seperti tepung.

4. Selepas semalaman. Bedakkan ikan dengan beras yang dikisar seekor demi seekor. Golekkan saja ikan di dalam tepung tersebut.

5. Kemudian, susun rapat dalam balang. Lagi sendat susunan ikan, lagi elok kejadiannya nanti.

Foto: FB Suraya Ismail

6. Tutup rapat bekas. 5 hari kemudian boleh digoreng, sedap makan dengan nasi panas.

Foto: Penulis

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor