AMPANG: Sepasang suami isteri kerugian RM9,500 apabila rumah mereka di Ampang Jaya, di sini dipecah masuk penjenayah melalui bumbung Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, suami isteri berkenaan yang merupakan peniaga telah meninggalkan kediaman mereka untuk berniaga di Jalan Ampang.
“Kira-kira pukul 3 petang semasa pengadu balik daripada berniaga dan memasuki rumahnya kemudian menyedari ruang tamu sedikit berselerak dan pintu bilik utama terkunci dari dalam.
“Bila pengadu berjaya memasuki bilik menggunakan kunci pendua, didapati barangan berselerak dan siling terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.