HomeGlobalTentera Israel rompak wang AS$25 juta dan barangan emas dari Gaza

Tentera Israel rompak wang AS$25 juta dan barangan emas dari Gaza

BANDAR GAZA, Palestin: Pejabat Media Gaza berkata pada Sabtu bahawa tentera Israel merompak wang dan barangan emas dari Genting Gaza, berjumlah kira-kira AS$25 juta sejak 7 Oktober.

Ia berkata, berpuluh-puluh testimoni yang diberikan oleh penduduk Genting Gaza mengenai kecurian wang, emas, dan artifak yang dianggarkan bernilai 90 juta shekel (AS$24.5 juta) selama 92 hari lalu oleh tentera penjajah Israel.

“Operasi kecurian berlaku dalam pelbagai cara, yang pertama adalah di pusat pemeriksaan, seperti Jalan Salah al-Din, di mana mereka mencuri daripada orang yang berpindah dari utara Genting Gaza ke selatan, beg mereka mengandungi harta berharga mereka seperti wang, emas dan artifak,” kata pejabat itu.​​​​​​​

Pejabat Media berkata, kaedah lain melibatkan memecah masuk rumah yang penduduknya diminta berpindah, di mana mereka (tentera Israel) mengambil gambar dan klip video untuk jenayah ini sebagai kenang-kenangan, beberapa daripadanya disiarkan di akaun media sosial mereka, seperti yang berlaku di bandar Beit Lahia di utara Gaza.”

Menurutnya, akhbar Israel mendokumentasikan jenayah itu, dengan Yedioth Ahronoth menggambarkannya sebagai pencurian sistematik wang penduduk Gaza.

Setakat ini belum ada sebarang komen daripada pihak berkuasa Israel mengenai tuduhan itu. – Anadolu

Author

Pilihan Editor