HomeSukanVan de Beek perkuat benteng tengah Frankfurt

Van de Beek perkuat benteng tengah Frankfurt

MANCHESTER UNITED memaklumkan bahawa Donny van de Beek akan dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt untuk baki saingan musim 2023/24.

Pemain tengah itu menyertai United pada 2020 selepas perpindahan dari kelab Eredivisie Belanda, Ajax Amsterdam.

Namun, pemain berusia 26 tahun itu sukar mendapat tempat kesebelasan utama untuk kelab gergasi Inggeris tersebut.

“Van de Beek akan berusaha untuk mendapatkkan lebih banyak minit permainan di Jerman.

“Eintracht Frankfurt kini berada di tempat keenam dalam Bundesliga.

“Frankfurt akan berdepan perlawanan play-off Liga Konferensi Eropah menentang Union Saint-Gilloise dari Belgium pada Februari,” kata United dalam satu kenyataan.

Lapor The Mirror, ini adalah kali kedua Van de Beek dipinjamkan dari Old Trafford selepas tujuh perlawanan di Everton pada 2022.

Selepas terlepas separuh musim pertama akibat kecederaan ligamen pada 2023, dia hanya muncul sekali dalam liga musim ini sebagai pemain gantian lewat.

Pemain Belanda itu hanya mampu mengumpul 21 minit perlawanan bagi pasukan utama musim ini, manakala selebihnya di bangku simpanan.

Secara keseluruhan, Van de Beek telah membuat 62 penampilan dan menyumbang dua gol untuk United.

Pemain itu kini berusaha untuk kembali ke skuad Belanda menjelang Euro 2024, yang bakal berlangsung di Jerman.

 

 

Author

Pilihan Editor