HomeBeritaMahkamah & JenayahDera bayi 11 bulan, pengasuh warga emas direman 7 hari

Dera bayi 11 bulan, pengasuh warga emas direman 7 hari

SEREMBAN: Seorang pengasuh yang didakwa atas tuduhan mendera bayi berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya direman selama tujuh hari mulai Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, permohonan reman terhadap pengasuh yang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dekat Nilai itu dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi Khamis.

“Mahkamah membenarkan reman sehingga 14 Februari bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Malik berkata, hasil siasatan mendapati, pusat asuhan itu beroperasi kira-kira 20 tahun dan mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

“Semakan juga mendapati pengasuh terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa polis menahan pengasuh wanita warga emas, yang disyaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya pada 5 Februari lalu.

Author

Pilihan Editor