HomeBerita'Insya-Allah, minggu ini akan diumumkan' - Keputusan Pengampunan Najib

‘Insya-Allah, minggu ini akan diumumkan’ – Keputusan Pengampunan Najib

CYBERJAYA: “Insya-Allah, minggu ini akan diumumkan”.

Demikian jawapan ringkas dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berhubung pengumuman rasmi permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan rasuah dan dihukum penjara 12 tahun.

Dalam pada itu, beliau turut berharap semua pihak bersabar dan menunggu hingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan.

“Sabar, sabar dan yakin, tunggu kenyataan dikeluarkan,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Hari Wilayah Persekutuan (HWP) 2024, di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri ada dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi ‘sepintas lalu’ saja.

Malah, Saifuddin Nasution menjelaskan, Kabinet tiada bidang kuasa untuk mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Lembaga Pengampunan yang bersidang pada Isnin lalu dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai permohonan Najib tetapi hingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Author

Pilihan Editor