PENGGUNA Telegram kini boleh menggunakan ciri ‘view once’ di aplikasi tersebut.
Ciri itu boleh digunakan untuk semua jenis bahan termasuklah
fail berbentuk media seperti gambar, mesej suara dan video.
Penggunaan view once itu akan dipadam secara automatik selepas dibuka sekali, lapor portal Amanz.
Berfungsi sama seperti sebelum ini, pengguna boleh memulakan rakaman mesej dengan mengetik ikon mikrofon.
Kemudiannya, leret ke atas untuk mengunci rakaman dan tekan ikon “view once” sebelum menghantar.
Menerusi langkah itu, penerima hanya akan boleh mendengar mesej suara, atau melihat mesej video yang dihantar sekali sahaja sebelum dipadam secara automatik.
Dalam pada itu, Telegram turut melancarkan sejumlah kemaskini penting lain termasuk keupayaan menjeda dan sambung semula rakaman untuk kedua-dua mesej suara atau video.
Justeru, pengguna kini dapat melihat masa yang tepat berserta tarikh dan waktu bila mesej dihantar telah dibaca oleh penerima.
Bagi pengguna premium pula, anda kini boleh menyembunyikan masa membaca tersebut, selain juga memilih siapa yang boleh menghantar mesej terlebih dahulu, sama ada semua orang atau kenalan sahaja.