HomeBeritaUnik! Cebisan ‘Eiffel Tower’ dalam pingat Sukan Olimpik Paris

Unik! Cebisan ‘Eiffel Tower’ dalam pingat Sukan Olimpik Paris

PASTI ramai yang tidak sabar menanti saat bermulanya temasya Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung pada Julai ini di Paris, Perancis.

Acara yang bakal memperlihatkan saingan pelbagai sukan antara para atlet itu juga akan menjadi satu lokasi tumpuan orang ramai dari pelosok dunia.

Terbaru, pingat Sukan Olimpik Paris telah diperlihatkan dengan satu elemen yang cukup unik.

Lapor Amanz, setiap pingat emas, perak dan gangsa Olimpik Paris mempunyai panel heksagon yang diperbuat daripada cebisan logam Menara Eiffel.

Difahamkan, sebanyak 5084 pingat akan ditawarkan pada temasya sukan yang akan berlangsung untuk kali ketiga di Paris itu.

Keputusan meletakkan logam Menara Efifel pada pingat diambil oleh urusetia acara bagi menawarkan keunikan yang hanya boleh ditawarkan oleh Paris. Pada acara Olimpik Tokyo 2020, kesemua pingat dihasilkan menggunakan sisa elektronik yang dikitar semula.

Besi dari galang Menara Eiffel yang diganti bagi tujuan penyelenggaraan telah digunakan pada pingat-pingat tersebut.

Untuk rekod, temasya ini merupakan kali ketiga bandaraya Paris menganjur Sukan Olimpik, selepas tahun 1900 dan 1924 sekali gus menjadikan Paris bandar kedua yang menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London.

Author

Pilihan Editor