HomeBeritaAzam Baki enggan ulas dakwaan anak Tun M diarah bantu siasatan

Azam Baki enggan ulas dakwaan anak Tun M diarah bantu siasatan

CYBERJAYA: Tan Sri Azam Baki enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan anak Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa, mereka diarah untuk membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri tersebut.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) itu sebaliknya berkata, beliau perlu menyemak fakta terlebih dahulu berhubung isu berkenaan.

“Saya tiada komen untuk ini. Let me check the fact first,” katanya ringkas ketika menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) di sini pada Selasa.

Sabtu lalu, Tan Sri Mokhzani Mahathir dilapor mendakwa bahawa, bapanya menjadi suspek utama dalam siasatan yang dijalankan oleh SPRM ketika ditemubual bersama media antarabangsa.

Menurutnya, beliau dan Mirzan Mahathir pula menjadi saksi kepada kes yang sedang disiasat agensi berkenaan.

Januari lalu, SPRM dilapor memanggil kedua-dua beradik itu untuk disoal siasat, malah turut diarahkan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan mereka, sama ada dalam atau di luar negara.

Pada 6 Februari lalu, Azam dilapor berkata, SPRM belum menerima sebarang maklum balas dan mengatakan Mirzan dan Mokhzani boleh didakwa, jika gagal mengisytiharkan harta mereka kepada agensi itu.

Justeru, Mirzan dan Mokhzani menerusi kenyataan akhbar pada 8 Februari lalu meminta┬áSPRM ‘bersabar’ dan menegaskan bahawa, adalah mustahil untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun.

Menurut Mirzan dan Mokhzani, SPRM meminta senarai aset sejak 1981, iaitu tahun pertama Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Author

Pilihan Editor