HomeBeritaViralJKM cari waris kanak-kanak Kemboja ditinggal ibu sejak dua tahun lalu

JKM cari waris kanak-kanak Kemboja ditinggal ibu sejak dua tahun lalu

ALOR GAJAH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah mengesan waris kanak-kanak perempuan berketurunan Kemboja yang ditinggalkan ibu kandung sejak dua tahun lalu.

Pegawai Pelindung daerah Alor Gajah, Nor Atiqah Abdullah berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Nurul Madiha, 4, itu ditinggalkan ibu kandung sejak berusia 2 tahun tanpa sebarang dokumen.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut kini diletakkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai secara sementara sepertimana perintah di bawah Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Berdasarkan maklumat, kanak-kanak itu ditinggalkan seorang wanita warganegara Kemboja bernama Rin Sakin.

“Pencarian ibu kandung atau waris bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak itu yang akan ditentukan oleh Mahkamah Kanak-Kanak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung dan waris diminta menghubungi Pelindung JKM Alor Gajah di talian 06-5561267 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak tersebut.

Author

Pilihan Editor