KOTA BHARU: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu hari ini.
Lelaki berusia 38 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.33 pagi dengan memakai baju lokap sambil dikawal ketat oleh polis.
Dia dijangka menghadapi tujuh pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, lapor Harian Metro.
Sinar Harian pula melaporkan, Ketua Polis Kelantan berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Media sebelum ini melaporkan, suspek ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga 22 April, sebelum disambung reman lima hari.