HomeBerita'Nampak jalan lurus', mujur sempat keluar sebelum kereta masuk gaung, terbakar

‘Nampak jalan lurus’, mujur sempat keluar sebelum kereta masuk gaung, terbakar

SIK: Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Volkswagen Golf yang dipandunya terjunam ke dalam gaung dan terbakar di Jalan Bukit Sebelah di sini, pada awal pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, bagaimana pun lelaki berusia 36 tahun itu sempat keluar sebelum kereta itu terjunam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.53 pagi dan sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Soffuan Sabry tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai memandu kereta berkenaan dari Pekan Sik menuju ke Baling.

“Berdasarkan maklumat mangsa, kejadian berlaku apabila dia memandu dan nampak dengan jelas laluan itu jalan lurus, sedangkan ia adalah kawasan selekoh,” katanya di sini, hari ini.

Zulkhairi berkata, Volkswagen Golf itu musnah dengan kira-kira 90 peratus daripadanya terbakar setelah api dipadamkan sepenuhnya, lapor Harian Metro.

Menurutnnya, kes diserahkan kepada pihak polis dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bagi tujuan siasatan lanjut.

 

Author

Pilihan Editor