HomeBeritaViralPenyondol senyum sinis diserang isteri kekasih buat netizen naik hantu!

Penyondol senyum sinis diserang isteri kekasih buat netizen naik hantu!

KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga terletak pada kejujuran yang diwujudkan dalam diri setiap pasangan yang berkahwin.

Tidak dinafikan, setiap pasangan berkahwin pasti diuji dengan pasang surut kehidupan berumah tangga.

Hanya jiwa yang kental dan saling bertolak ansur akan mengambil iktibar daripada ujian tersebut untuk memperbaiki rumah tangga masing-masing.

Namun, ada segelintir individu tidak kira lelaki atau perempuan akan mengambil kesempatan di atas ujian tersebut untuk berlaku curang ke atas pasangannya.

Seperti yang tular, baru-baru ini, di laman X yang memaparkan seorang suami kantoi berjalan-jalan dengan kekasihnya di ekspo.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram @datinsyaa.official itu melihatkan si isteri mengejar suaminya yang curang dengan perempuan lain.

Apabila si isteri mendekati suaminya sambil merakam, suaminya itu sangat terkejut dan bertindak melarikan diri.

Manakala, apa yang lebih pelik adalah apabila perempuan yang didakwa pasangan curang itu dilihat tersenyum sinis ke arah si isteri.

“Muhammad Firdaus bin C** S***n, berkepit berpeluk dengan perempuan entah mana hala. Dah la curang pinjam kereta kakak. Nampak sangat tak berharta. Dayus sedayus-dayusnya!” ujar wanita tersebut di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terutama golongan isteri menyokong tindakan berani wanita tersebut menyerang suaminya dan meluahkan rasa geram terhadap penyondol tersebut.

“Koi ada semalam dekat situ, geram ye kita tengok penyondol tu tak lepas pegang tangan even depan orang ramai and dah kantoi dengan bini hmm,” komen @saraazaimi. 

Akak tolong buat report polis. Sesiapa yang membuat kekacauan dalam rumah tangga orang adalah satu kesalahan jenayah Syariah & boleh dikenakan hukuman & tindakan,” kata @qushwhasnan.

“Oh senyum-senyum, kalau aku dah sedas kena pipi perempuan tu. Muka hauk nak jadi penyondol. Dengan lelaki tak guna tu terajang je dari belakang biar dia terduduk tak boleh lari,” ulas @paosjk.

Author

Pilihan Editor