[VIDEO] Penduduk kondominium Mont Kiara dakwa JMB seleweng kontrak RM3.3 juta

0
22

Penduduk sebuah kondominium berstatus strata di Mont Kiara, Kuala Lumpur, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ‘penyelewengan dan salah guna kuasa’ oleh jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) kediaman itu.

Wakil penduduk, Dzulhilman Sulaiman, mendakwa pengurusan JMB yang baru dilantik 18 bulan lalu dipercayai menganugerahkan kontrak penyelenggaraan bernilai RM3.3 juta tanpa proses tender yang betul kepada syarikat tidak bertauliah dan tidak pernah diaudit sejak 2013.

Author