[VIDEO] Sindiket pengemis warga asing guna kanak-kanak serta wanita berjaya dibongkar Jabatan Imigresen

0
24

KUALA LUMPUR: Taktik satu sindiket yang menggunakan warga asing dan kanak-kanak dalam aktiviti mengemis di sekitar ibu kota telah terdedah dan dipatahkan oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Op Selamat di Jalan Sultan Azlan Shah, ibu negara, malam semalam.

Lebih menyayat hati, kanak-kanak berusia antara 10 bulan hingga enam tahun pula disyaki diberikan ubat batuk oleh sindiket tersebut sebelum dibawa oleh warga asing dewasa terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk mengemis meminta sedekah di sekitar Jalan Chow Kit, Masjid India dan Jalan Sentul pada waktu pagi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan yang berakhir kira-kira 12 tengah malam semalam, dilaksanakan selepas menjalankan risikan selama enam bulan sejak Januari lalu oleh sepasukan anggotanya di lokasi tersebut yang memerhati rapat pergerakan dan aktiviti sindiket tersebut.

Author