HomeHiburanHarith, Dr Jezamine bercerai?

Harith, Dr Jezamine bercerai?

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander, Dr Jezamine Lim, mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.
Ketika dihubungi oleh BH Online, Dr Jezamine mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Harith pada bulan lalu.
“Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya kepada BH Online.
Apabila ditanya mengenai punca perceraian, Dr Jezamine menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi masalah peribadinya.
“Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya ringkas.
Menurut sumber, kes perceraian antara Dr Jezamine dan Harith dijangka akan disebut di mahkamah pada bulan ini.
Sementara itu, Harith, 58, ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut.
“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya.
Harith dan Dr Jezamine, 41, telah mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Author

Pilihan Editor