HomeBeritaNancy rasmi ekspo kanak-kanak sempena Hari Otak Sedunia

Nancy rasmi ekspo kanak-kanak sempena Hari Otak Sedunia

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pada hari ini merasmikan sebuah ekspo kanak-kanak bernama Enfagrow A+ Future Ready A+, sempena Hari Otak Sedunia 2024 di Petaling Jaya hari ini.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri menekankan keperluan alat dan pendidikan yang betul kepada ibu bapa supaya dapat memastikan kanak-kanak mereka mempunyai asas yang kukuh untuk membesar dengan sihat dan selamat.
Beliau juga turun melawat beberapa pameran yang dianjurkan oleh syarikat Mead Johnson Nutrition seperti pameran otak manusia dan isi perut, serta pameran pemeriksaan gelombang otak, dan juga pameran cabaran speedometer otak.
Ekspo syarikat multinasional tersebut menekankan kepentingan perkembangan otak kanak-kanak, dan mengemukakan kajian terkini mengenai nutrien pembina sel-sel otak seperti Membran Globul Lemak Susu (MFGM).

 

Ekspo ini akan berlangsung di Pusat Membeli-belah 1Utama dari hari ini hingga 14 Julai, dan akan berlangsung di Queensbay Mall di Pulau Pinang dari 24 hingga 28 Julai, dan turut diikuti dengan AEON Tebrau City Mall di Johor Bahru dari 6 hingga 11 Ogos tahun ini.

Author

Pilihan Editor