HomeSukanLee Zii Jia tambah lagi pingat gangsa Malaysia

Lee Zii Jia tambah lagi pingat gangsa Malaysia

Gambar: Olympic Council of Malaysia

Pemain badminton Malaysia Lee Zii Jia, berjaya meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024. Beliau berjaya menewaskan pemain India dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11 di arena badminton Porte de La Chapelle.

Kemenangan ini menandakan pencapaian terbaik beliau di pentas Olimpik, dan jugameraih pingat gangsa Olimpik pertama untuk beliau dalam acara tersebut.

Kejayaan beliau membawa kebanggaan kepada rakyat Malaysia yang mengikuti perjuangannya sejak awal kejohanan, dan turut menghantar ucapan tahniah ke laman media sosialnya.

Gambar: Olympic Council of Malaysia

Beliau merupakan pemain perseorangan lelaki ketiga yang meraih pingat badminton selepas Rashid Sidek, iaitu pingat gangsa di Olimpik Atlanta 1996, dan Lee Chong Wei dengan beberapa pingat perak di Olimpik Beijing 2008, Olimpik London 2012, dan Olimpik Brazil 2016.

Author

Pilihan Editor