HomeBeritaPolitikEmpat penjuru berentap di Lembah Pantai

Empat penjuru berentap di Lembah Pantai

LEMBAH PANTAI: Lembah Pantai menyaksikan pertembungan empat penjuru untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan mengekalkan semua calon sepertimana diumumkan parti masing-masing sebelum ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen Lembah Pantai, Yasin Kamaluddin mengumumkan calon dari Gerakan Tanah Air iaitu Dr Noor Asmah Mohd Razali, calon dari Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, calon dari Perikatan Nasional (PN), Dr Fauzi Abu Bakar dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ramlan Askolani.

Pengumuman berkenaan diadakan di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fahmi tiba sekitar pukul 8.15 pagi bersama isterinya, masing-masing memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna biru muda.

Datuk Ramlan Askolani kemudian tiba bersama lebih 200 penyokong BN sekitar pukul 8.30 pagi.

Pada PRU14, Fahmi memenangi kerusi Parlimen itu dengan 33,313 undi dan majoriti 5,598 mengalahkan lawannya Raja Nong Chik dari BN dan Fauzi Abu Bakar (PAS).

Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen itu, Yasin Jamaluddin membuat pengumuman itu pada tepat pukul 10 pagi.

Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil tiba awal di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Fahmi tiba sekitar pukul 8.15 pagi bersama isterinya, masing-masing memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna biru muda.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani kemudian tiba bersama lebih 200 penyokong BN sekitar pukul 8.30 pagi.

Pada PRU14, Fahmi memenangi kerusi Parlimen itu dengan 33,313 undi dan majoriti 5,598 mengalahkan lawannya Raja Nong Chik dari BN dan Fauzi.

Author

Pilihan Editor