HomeBeritaPolitik30 gabungan NGO di Serdang beri sokongan kepada Syed Ibrahim

30 gabungan NGO di Serdang beri sokongan kepada Syed Ibrahim

SERI KEMBANGAN: Sebanyak 30 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Serdang menyatakan memberikan sokongan mereka kepada calon BN Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader.

Kenyataan itu diumumkan Ketua Publisiti Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Serdang, Tan Kok Chin di Bangunan MCA Seri Kembangan pada Ahad petang.

Menurut Tan, gabungan tersebut yang terdiri daripada 30 NGO dan telah ditubuhkan selama 20 tahun itu, percaya Syed Ibrahim mampu menjadi wakil rakyat yang akan mendengar suara rakyat di Puchong dengan lebih dekat.

Beliau mengumumkan kenyataan tersebut ketika Syed Ibrahim melakukan pertemuan dengan NGO daripada pertubuhan itu untuk menyantuni dan mendengar luahan mereka.

Turut hadir bersama dengan Syed Ibrahim dalam pertemuan itu ialah Pengerusi BN Parlimen Puchong, Datuk Satim Diman; Ketua Wanita UMNO Puchong, Hasnah Dain dan Ketua Penerangan MCA, Wong Jung Lik.

Tan sempat memaklumkan kepada Syed Ibrahim berkenaan beberapa masalah yang telah lama dihadapi penduduk di Serdang yang tidak diselesaikan bekas Ahli Parlimen Puchong daripada PH, Gobind Singh Deo.

Syed Ibrahim mendengar luahan Tan.

Antara masalah tersebut adalah seperti masalah jalan raya utama di kawasan itu yang menyebabkan kesesakan trafik semakin teruk dan menyukarkan penduduk.

Selain itu, penduduk juga sukar bertemu dengan wakil rakyat mereka untuk membuat aduan secara terus berkenaan masalah yang dihadapi mereka.

Author

Pilihan Editor