HomeBeritaAda MP dijangka sertai parti baharu BPN

Ada MP dijangka sertai parti baharu BPN

KUALA LUMPUR: Ada ahli Parlimen dijangka akan menyertai satu parti politik baharu Barisan Penyatuan Nasional (BPN).

Walaupun parti itu baru didaftarkan dan sedang menunggu kelulusan, namun BPN yakin rakyat dan pemimpin akan menerima mereka.

Presiden BPN, Datuk Ibrahim Yahya berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan siapa ahli Parlimen yang akan menyertai mereka namun beliau yakin ada.

“BPN bukanlah terdiri daripada mereka yang ada latar belakang politik, tetapi semua adalah ahli korporat dan bisnes yang bimbang nasib rakyat jika ekonomi tidak dipulihkan.

“Kita semua tak minat politik tetapi dalam keadaan sekarang nak memastikan, Malaysia dari segi ekonomi, hala tuju hendak pastikan rakyat Malaysia dapat manfaat daripada ekonomi yang BPN bawa.

“Saya selaku Presiden BPN, mengalu-alukan semua parti politik bekerjasama di bawah BPN, kita tumpukan ekonomi rakyat hentikan pertelingkahan.

“Dalam krisis makanan, kita sudah ada team untuk selesaikan isu makanan asas, kita dah susun semuanya.

“BPN menerima sokongan kewangan sebanyak RM100 bilion untuk projek ekonomi rakyat daripada pihak yang tidak dapat didedahkan.

“BPN bukan berjanji dahulu, dia buat dahulu, sebab tu sekarang ini berkonsepkan ekonomi, dapat selesaikan masalah rakyat secara  tak langsung parti lain bersama kami,” katanya.

Author

Pilihan Editor