HomeGaya Hidup10 tip anda perlu tahu jika tercekik tulang ikan

10 tip anda perlu tahu jika tercekik tulang ikan

IKAN adalah antara sumber protein yang bagus untuk kesihatan kita. Namun keasyikan memakan nasi berlauk ikan boleh terbantut apabila secara tidak sedar kita tercekik tulang ikan. 

Tulang ikan yang tersangkut di tekak boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan yang amat sangat hingga pelbagai petua diberi oleh orang-orang tua untuk menghilangkan tulang ikan yang terlekat itu. 

Namun adakah anda tahu berapa lama tulang ikan yang tersangkut boleh hancur? Apa yang harus dilakukan jika terlekat tulang ikan yang halus atau kecil?

Jangan risau, anda boleh cuba beberapa tip yang dikongsi Hello Doktor di rumah untuk melegakan tekak sebelum berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

  1. Marshmallow: Kunyah marshmallow sehingga lembut, kemudian telan untuk membantu menyerap tulang ke dalam perut.
  2. Nasi: Bentuk nasi menjadi bebola dan telan perlahan-lahan untuk menolak tulang turun ke perut.
  3. Minyak zaitun: Telan beberapa sudu minyak zaitun untuk melapisi tekak dan tulang, menjadikannya lebih mudah untuk ditelan atau dikeluarkan.
  4. Pisang: Ambil sepotong besar pisang dan tahan di mulut selama beberapa minit sebelum menelannya.
  5. Soda: Minuman soda berkarbonat boleh membantu menghancurkan tulang dan membina tekanan untuk mengeluarkannya.
  6. Roti dan air: Rendam roti dalam air dan telan untuk menolong tulang turun ke perut.
  7. Roti dan mentega kacang: Gigit roti yang disapu mentega kacang dan telan dengan cepat untuk menarik tulang ke dalam perut.
  8. Batuk dengan kuat: Batuk kuat dapat membantu mengeluarkan benda asing seperti tulang ikan dari tekak.
  9. Milkshake atau smoothie: Minuman pekat seperti milkshake atau smoothie boleh membantu menolak tulang yang tersangkut.
  10. Berkumur air garam suam: Berkumur dengan air garam suam boleh membantu mengecutkan otot esofagus dan meredakan kerengsaan.

Jika cara-cara ini tidak berkesan atau anda mengalami gejala yang serius seperti pendarahan, kesukaran bernafas, atau lebam, segera dapatkan bantuan perubatan. 

Doktor boleh membantu mengeluarkan tulang yang tersangkut dengan alat khas atau mungkin perlu melakukan pembedahan kecil.

Jangan sesekali korek tekak dengan jari atau peralatan rumah lain, kerana ini boleh meningkatkan risiko cedera.

Author

Pilihan Editor