HomeBeritaKuasa, wang dan pengaruh sukar hapus dadah

Kuasa, wang dan pengaruh sukar hapus dadah

KUALA LUMPUR : Apabila bercerita mengenai kartel pastilah ia membabitkan aktiviti lebih daripada seorang individu dan lebih daripada satu peringkat.

Dan apabila bercakap mengenai kartel dadah yang sudah wujud beratus tahun lalu adalah organisasi jenayah diwujudkan untuk menggalakkan dan mengawal operasi pengedaran dadah.

Pihak berkuasa Malaysia pernah melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah Malaysia pada Mac tahun lalu.

Kartel dadah sukar dibanteras dipercayai kerana ia membabitkan kuasa, wang dan rangkaian berpengaruh yang sangat kuat dalam sistem ini, jangan terkejut dadah pernah berjaya diseludup masuk penjara.

Ia diakui sendiri oleh Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.  

Nadzim mengulas mengenai isu sindiket dadah sukar dihapuskan. 

“Ia (berkaitan) duit, kuasa dan ‘networking’. Apa-apa pun, kena rakyat juga yang bangkit (bendung) bagi menyedarkan orang sekeliling,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI, di sini.  

Mengenai penjawat awam turut menerima tempias dalam kegiatan sindiket berkenaan, Nadzim berkata, perkara itu turut diakui berlaku. 

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan terdapat ramai pegawai tinggi jabatan itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah seperti dakwaan yang disiarkan menerusi aplikasi Telegram Edisi Siasat.

Dakwaan itu menyatakan, terdapat pegawai tinggi dalam PDRM melindungi sindiket pengedaran dadah serta mendapat ‘habuan besar’.

Author

Pilihan Editor