HomeMV+EksklusifAidiladha dalam hutan elak kesesakan

Aidiladha dalam hutan elak kesesakan

HULU SELANGOR: Jika orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung, tetapi ada yang memilih hutan sebagai lokasi menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pendaki gunung, Muhamad Amirul Azaha, 26, berkata keluarganya memilih hutan Rimba Kalong Eko Resort di sini kerana mahu elak kesesakan jalan raya.

Muhamad Amirul

“Raya lalu kami balik ke kampung kakak ipar saya di Grik dari Shah Alam ambil masa sehingga 12 jam.

“Penat dah nak memandu jauh-jauh jadi untuk kali ini kami memilih hutan sebagai lokasi sambutan raya.

“Ini kali pertama raya dalam hutan, memang ‘best’ sangat,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Anak muda dari Shah Alam ini kini aktif sebagai ‘tour guide’ dalam aktiviti mendaki sama ada membabitkan pendakian batu kapur atau tembok batu tiruan.

Berkongsi pengalamannya, Amirul berkata antara pengembaraan paling mencabar ialah apabila mendaki gunung paling berbahaya di dunia, iaitu Gunung Hua Shan di Xi An China.

Selain Hua Shan, dia juga pernah mendaki gunung berapi Rinjani di Lombok Indonesia.

Dalam pada itu, Amirul mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam dan menasihatkan orang ramai berhati-hati di jalan raya.

Author

Pilihan Editor