HomeBeritaArab biadab terhadap jemaah wanita cetus kemarahan netizen

Arab biadab terhadap jemaah wanita cetus kemarahan netizen

KUALA LUMPUR: Jemaah wanita dari Malaysia di Makkah dilayan seperti sampah, air minuman kotak dicampak telah mencetuskan rasa marah orang ramai.

Perbuatan lelaki Arab berserban itu dirakam dan video itu diulang siar dikongsi lebih 300 kali di Facebook Zam Lokman.

Tangkap layar video yang menunjukkan perbuatan seorang petugas Arab mencampakkan air minuman ke arah jemaah wanita.

Rata-rata netizen mempersoalkan adab masyarakat di Timur Tengah terhadap rakyat kita.

Antara komen netizen adalah:

Abu Hassan Khairul Azman: Pak Arab bangsa kurang adab. Mai Langkawi turun flight siap purdah, petang auto pakai bikini.

Khalil Fong Kumar: Arab layan korang macam hanjeng… ikutlah budaya dia… dog eat dog

Mera Al Malik: Takde istilah kata kita kena terima cara dorang ni pun bukan cara orang Islam baling-baling makanan, sebab tu hari kiamat nanti mekah tu akan bergoncang bagi orang munafik tu keluar.

Angur Biru Azhar: Dia orang nie memang tak beradap kalau dengan pompuan. Tak hormat langsung kat pompuan. Main baling2 jew. Pandai macam mana kalau tak ada adap tetap lemah. Tenang jew muka akak tu.

Benarlah kata orang perlu ada adab dahulu baharu menuntut ilmu kerana walau ilmu agamanya menggunung di dada tetapi tiada adab, maka tiada gunanya juga.

Ada adab menuntut ilmu, adab menilai dan menghukum sesuatu, adab menyambut dan menjamu tetamu makan.

Mengikut kepercayaan Melayu, tetamu datang bersama rezeki masing-masing, meraikan kedatangan mereka membuka pintu rezeki kita.

Melayu malah Cina dan India amat meraikan tetamu yang bertandang ke tempat mereka, itulah budaya yang amat muhibah di Malaysia.

Yang baik dijadikan teladan, yang jahat dijadikan sempadan. Semoga kita mengekalkan budaya dan warisan yang berhemah dalam percakapan dan perbuatan.

Author

Pilihan Editor