KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada BERSATU.
Berdasarkan satu sumber yang memberitahu FMT, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada BERSATU kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu.
Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti BERSATU masih memujuknya.
“Namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar daripada BERSATU.
“BERSATU dijangka kehilangan satu-satunya Ahli Parlimen bukan Bumiputera dengan keputusan Santhara ini,” katanya.
Beliau adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.