CHERAS: Pertaruhan dua sahabat lelaki yang menyertai dunia perniagaan kosmetik wanita dengan jenama Nie Dior Cosmetic (NDC) ternyata berhasil.
Dengan pelaburan sendiri sebanyak RM300,000 bagi menghasilkan lapan produk kecantikan, terbukti kini boleh menempa pasaran luar negara.
Pengasas bersama, Muhammad Mustakim Lokman Hakim dan Zamzuri Mohamad berkata, nama Nie Dior ini adalah slang bahasa Pantai Timur yang bermaksud ‘ini dia’ merupakan jenama mudah diingati.
“Produk NDC terdiri daripada serbuk minuman untuk menyingkirkan lemak, pemutih, tiga jenis warna lipstik, krim rawatan kulit dan sabun rawatan kulit.
“Uniknya produk NDC ini sudah lulus pensijilan MeSTI selepas dua tahun penyelidikan.
“Kami sasarkan 3,000 stokis, ketika ini ada 30 stokis dan 150 ejen. Ini salah satu cara yang diberikan oleh NDC untuk memberi peluang rakyat menjana pendapatan selepas dua tahun pandemik.
“Kini jualan meningkat hampir RM100,000 sebulan walaupun baharu sahaja dilancarkan pada Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Lipstik NDC Korea dan Paris paling laris dan kini kami sedang intai untuk masuk pasaran Kanada dan Singapura,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Orang ramai yang mahu menyertai program usahawan NDC boleh layari Instagram nie_diorcosmetichq.