HomeNiagaProgram Kerjaya Anak Tempatan buka banyak peluang pekerjaan kepada warga Malaysia

Program Kerjaya Anak Tempatan buka banyak peluang pekerjaan kepada warga Malaysia

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Minoriti (MBC) melancarkan Program Kerjaya Anak Tempatan ‘Utamakan Pekerja Tempatan’, bertujuan mengembalikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Program tersebut akan berlangsung dalam beberapa fasa di seluruh negara dengan fasa pertama akan dijalankan dengan kerjasama KK SUPER MART yang mempunyai lebih dari 600 cawangan di seluruh negara.

Fasa berikutnya akan dijalankan dengan kerjasama konglomerat tempatan dan antarabangsa yang berpusat di Malaysia.

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan merasmikan pelancaran program tersebut baru-baru ini.

“Berikan anak tempatan tawaran dan peluang yang sepatutnya dahulu sebelum mempertimbangkan pengambilan warga asing. Perlu diingat, tujuan pengambilan pekerja asing sepatutnya untuk sektor 3D (dangerous, difficult, dirty) sahaja.

“Apa yang kita lihat sekarang, hampir kesemua sektor ekonomi bergantung dengan tenaga kerja asing. Peniaga sampai ketahap menutup perniagaan kerana tidak cukup pekerja asing. Situasi ini perlu berubah,” katanya.

Authors

Pilihan Editor