HomeMV+PendapatSusahnya tambah nilai kad Touch n Go

Susahnya tambah nilai kad Touch n Go

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan memastikan baki kad Touch n Go (TNG) sekurang-kurangnya RM20 ke atas sebelum meletak kenderaan masing-masing di dalam pusat beli-belah seperti Kompleks Pertama.

Jika tidak anda mungkin terperangkap dan sukar keluar daripada bangunan.

Ini pengalaman penulis sendiri, berhadapan dengan empat mesin tambah nilai TNG yang rosak, menyebabkan penulis terpaksa menambah nilai di kedai 7 Eleven berhampiran di luar bangunan tempat letak kereta.

Sebenarnya bukan sahaja di pusat beli-belah, penulis juga pernah menghadapi kesulitan apabila melalui kebanyakan mesin tambah nilai sendiri rosak di plaza tol, menyebabkan perjalanan trafik tidak lancar.

Ia berlaku apabila, wang kertas tidak diterima beberapa kali di mesin tambah nilai di plaza tol.

Sementara itu, kad Touch n Go baharu yang boleh ditambah nilai melalui aplikasi e-dompet TNG dengan menggunakan teknologi NFC masih kehabisan stok setelah 1,000 keping kad keluaran pertama habis dijual dalam masa tiga jam.

Pihak TNG perlu menjelaskan kenapa isu perkhidmatan mereka terlalu lemah.

Author

Pilihan Editor