HomeBeritaAnak Najib berjanji terus perjuangan demi keadilan

Anak Najib berjanji terus perjuangan demi keadilan

KUALA LUMPUR: “Namun, kamu (daddy) tidak mendapat keadilan hari ini, malah kita tidak berpeluang untuk berjuang. malah kita juga tidak berpeluang bertempur. Tetapi Bossku tidak berakhir di sini,” luah anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.

Menerusi hantaran di Instagramnya petang Selasa, Nooryana Najwa yang menzahirkan rasa sedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan turut memohon maaf kepada bapanya.

“I’m sorry daddy…. Mungkin kita terlalu percaya dengan matlamat dan tujuan, menyebabkan kita bertahan sepanjang empat tahun ini.

“Mungkin kita tidak cukup berjuang, mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem keadilan,” tulisnya dalam hantaran itu.

Berita berkaitan: Detik-detik Najib dijatuhkan hukuman

Nooryana Najwa berkata, bapanya tidak mendapat peluang untuk memperjuangkan keadilan buat dirinya.

Anak keempat Ahli Parlimen Pekan itu berpandangan, sistem undang-undang tidak menyebelahi nasib bapanya selepas berjuang selama empat tahun bagi menafikan pertuduhan itu.

Jelasnya lagi, mereka sekeluarga mengagumi kekuatan Najib dan akan terus berjuang bagi memastikan bapanya mendapat keadilan sewajarnya.

Berita berkaitan: Detik-detik Najib dijatuhkan hukuman

“Saya berjanji, Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang kamu (daddy), tidak akan berehat sehingga kamu kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.”

“Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan kamu dengan saya setiap hari iaitu mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.

“Tetap kuat, Allah SWT bersamamu bapaku. (Saya) sentiasa bersama kamu, untuk sekarang dan selamanya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.

Berita berkaitan: Detik-detik Najib dijatuhkan hukuman

Author

Pilihan Editor